Ladang Anggur Beris ( Beris Lake Vineyard )dikendalikan oleh Excel Agrotech Sdn. Bhd dan mempunyai saiz tanah seluas 34 hektar.
Ini adalah kebun anggur anggur pertama di Kedah, terbukti berjaya dalam penanaman spesies anggur komersial seperti Black Opal, Anggur Hitam, White Malaga dan Loose Pelite.
Terletak kira- kira 100km dari Selesa homestay, anda boleh memandu mengikut Lebuhraya Utara Selatan menghala ke selatan.
Keluar di Exit Gurun. Ambil simpang ke Jeniang menuju ke pekan Jeniang dan seterusnya Pekan Sik... Teruskan memandu sehingga ke Ladang Anggur Beris, kira-kira 14km dari Pekan Sik.
Lawatan sangat berbaloi....pelawat boleh berjalan- jalan di ladang tersebut sambil melihat dan memegang buah- buah anggur yang terjuntai- juntai...( petik dan makan tak leh arrr ).
Sekiranya pelawat-pelawat ingin merasa keenakan buah anggur yang segar dan rapuh tersebut, boleh dapatkan di kedai ladang tersebut. Harga dalam lingkungan RM10-15.00 per kilo.
Sebuah kafe yang selesa, cantik dan bersih juga di sediakan. Anda boleh bersantai di kafe tersebut sambil menikmati panorama indah Tasik Beris.