SELAMAT DATANG...

Tetamu yang dihormati...



Menginaplah seperti di rumah sendiri...



Please feel at home....



Selesa Homestay terletak di 153, Jalan Sinaran 6, Taman Sinaran, Jalan Kuala Kedah, Alor Setar

- 7km dari persimpangan keluar Alor Setar Selatan


( Lebuhraya Utara- Selatan )

7km dari Jeti Kuala Kedah ( Feri ke Langkawi )

8km dari Pusat Bandar Alor Setar

10km dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim



Di Selesa Homestay kami mengutamakan kebersihan, keselesaan dan layanan mesra…

Untuk keterangan lanjut atau tempahan sila hubungi Syarifah +6012 481 9612



Sunday, August 29, 2010

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan

Genap 53 tahun pada 31Ogos1957. Semoga negara kita akan terus makmur dan kita akan lebih matang menangani segala isu terutama isu berkaitan ras dan agama. Pecahkan tembuk prasangka dan perkauman antara kita.

Saturday, August 28, 2010

The Ancient Name of Malay Peninsula


Golden Chersonese

Golden Chersonese is the ancient name to refer to the Malay Peninsula by Claudius Ptolemy or Claudius Ptolemaeus (Greek: Κλαύδιος Πτολεμαῖος; c. 90 – c. 168), known in English as Ptolemy, he was a Greek-speaking geographer, astronomer, and astrologer. During the Roman time, the Malay Peninsula developed an international reputation as a source of gold, hence the name was given.

A 15th century manuscript copy of the Ptolemy world map, reconstituted from Ptolemy's Geographia (circa 150), indicating the countries of "Serica" and "Sinae" (China) at the extreme east, beyond the island of "Taprobane" (Sri Lanka, oversized) and the "Aurea Chersonesus" (Malay Peninsula).

Car Boot Sales- Berita Warta Darulaman

‘Car Boot Sales’ di pekarangan Stadium Darul Aman
Khamis, 26 Ogos 2010 12:38 Ditulis oleh WADIASSOFI JAAFAR
ALOR SETAR – Kerajaan Negeri Kedah akan mengadakan ‘Car Boot Sales’ iaitu jualan cara bonet kereta di pekarangan Perbadanan Stadium Darul Aman bermula pada 2 Oktober 2010, mulai jam 8 pagi.

Program itu dianjurkan bersama Perbadanan Stadium Darul Aman dan Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN).
Menurut Pengerusi Jawatankuasa Penerangan dan Pembangunan Usahawan, YB. Abdul Ghani Ahmad, program itu terbuka kepada orang ramai yang ingin menjual barang-barang terpakai dan juga barang-barang yang ingin diusahakan sendiri.
“Setakat ini, lebih kurang 30 penjaja-penjaja kecil bersedia untuk terlibat dalam Car Boot Sales itu dan taklimat mengenai program itu akan diberikan pada 18 September 2010, jam 3 petang di Pejabat Perbadanan Stadium Darul Aman dan pendaftaran adalah percuma serta terbuka kepada orang ramai,” katanya.
Beliau menjelaskan, keluasan tapak yang diberikan itu ialah 10 kali 15 kaki persegi di mana program itu akan diadakan pada setiap hari Sabtu, jam 8 pagi hingga selesai jualan oleh individu-individu.

Abdul Ghani memberitahu, tujuan program itu diadakan adalah untuk memberi peluang kepada mana-mana individu yang ingin menjual dan memasarkan segala jenis barangan secara terbuka di tempat yang dikhaskan.

“Kaedah ini adalah sama seperti yang pernah dilakukan di United Kingdom di mana orang-orang perseorangan yang ingin menjual barang-barang terpakai yang tidak diperlukan lagi tetapi masih boleh digunakan atau barang-barang yang diusahakan untuk dijual dan dipasarkan kepada orang ramai,” jelasnya.
Beliau percaya budaya menjual barang terpakai itu perlu diterapkan pada masyarakat agar tidak wujud amalan membazir dengan dibuang begitu sahaja kerana ia masih boleh dipakai dan boleh dimanfaatkan oleh orang-orang yang memerlukan dengan bayaran yang murah.

Kepada sesiapa yang berminat untuk menyertai program itu, bolehlah menghubungi Perbadanan Stadium Darul Aman di talian 04-7337313 atau UPEN di talian 04-7744382.

Monday, August 23, 2010

Wednesday, August 18, 2010

Mai Chek Mai...Seloka Negeri Kedah

Hijau Kuning...

Armless Pianist Liu Wee..

Heartening tales of overcoming adversity are typical fodder on "Got Talent" and other reality shows, but the shocking saga of "China's Got Talent" contestant Liu Wei makes this season's batch of "America's Got Talent" sob stories look like the pampered brats on VH1's "You're Cut Off." And this is a true sob story--seriously, if you watch the video below and don't get at least a little bit misty-eyed, you clearly have no soul.

Liu, now 23 years old, lost both of his arms in a freak accident when he was 10, after he touched an electrified wire while playing hide-and-seek. However, these tragic circumstances did not stop Liu from pursuing his dream of becoming a pianist--teaching himself how to play with his feet at age 18, after one piano teacher told him he would never succeed. And it turns out, Liu has more talent in one of his pinky toes than most four-limbed piano players have in both of their hands.
"For people like me, there were only two options. One was to abandon all dreams, which would lead to a quick, hopeless death. The other was to struggle without arms to live an outstanding life," Liu explained to the judges on "China's Got Talent."
Thankfully, Liu chose the latter option.

Monday, August 16, 2010

Kuih 10 Sen di Pasar Ramadan Stadium Darul Aman


ALOR SETAR - Ketika peniaga lain menaikkan harga juadah berbuka berikutan kenaikan harga gula, berbeza pula dengan seorang peniaga di bazar Ramadan Stadium Darulaman di sini yang menjual kuih 10 sen sebiji.
Syed Azhari Syed Hamzah, 20-an, menjual dua jenis kuih iaitu kuih cekodok dan gelang.
Biarpun saiznya hanya sebesar ibu jari tangan orang dewasa, ia tetap mendapat sambutan baik daripada pengunjung.
Syed Azhari memberitahu, dua kuih itu menjadi pilihan ramai khususnya di kalangan golongan berpendapatan rendah.
Katanya, biarpun tidak memperoleh untung yang banyak tetapi dia gembira kerana kuih itu mendapat sambutan hangat pengguna."Lazimnya kuih-kuih ini cepat habis kerana harganya murah dan mampu dibeli oleh semua

Permata Hati- Pesanan Buat Anak Ku

Dari Blog: www.udanglipan.blogspot.com

Anakku yang dikasihi,
Tanpa kita sedari terlalu cepat masa berlalu dan kau yang suatu ketika dulu masih kecil, manja dalam pelukan Ibu, kini telah menjadi gadis remaja dan telah mula belajar erti hidup. Zaman yang kau lalui dan alami kini adalah zaman yang penuh pancaroba, penuh dugaan dan cabaran. Cabaran yang sering mengganggu iman dan hatimu, perasaan dan nafsu mu, kewibawaan dan tugas-tugas mu. Ketika inilah kau, kau ingin merasai semua keadaan, semua kenikmatan hidup. Kau ingin menjadi manusia yang dipuja dan disanjung ramai. Kau ingin disayangi dan menyayangi.
Anakku...
Jika tiada iman, nescaya lunturlah segala kekuatan, hancurlah segala kebaikan. Oleh itu, Ibu berpesan agar betullah kau dalam berfikir dan bertindak, batasilah kehendakmu dengan rasa takut pada Allah kerana tidak ada orang yang tidak dicatat amal dosanya, tidak ada orang yang terkecuali, termasuk kau. Pernah seorang soleh berkata,"Seorang remaja jika dapat melalui cabaran di zamannya dengan baik, tenang dan penuh kebaikan, mampu menolak kehendak-kehendak nafsu, maka percayalah dia manusia yang paling berjaya, selama hidupnya. Manakala seorang pemuda yang gagal mengunakan zaman remajanya untuk mencari kebaikan, rugilah ia dan celakalah hidupnya esok dan akan datang".
Wahai anakku,
Seringkali ibu menangis, melihat perubahanmu. Dulu, kau tidak begini. Kau seorang yang taat pada perintah ibu, yang cukup malu bila auratmu terdedah, walaupun ditiup angin. Kau amat teliti dalam menjaga solat-solatmu dan kau cukup suka bila ibu ceritakan tentang ketokohan wanita-wanita dahulu dan anakku, ibu tanam satu harapan padamu, kiranya bila kau besar nanti, kau akan menjadi orang solehah.

Anakku...Wanita itu dijadikan Allah penuh keindahan, unik dan menakjubkan. Pandai-pandailah kau hargai nikmat itu. Jikapun kau cantik, anakku, tak ke mana cantikmu itu. Jangan biarkan kau dikuasai rasa takjub, bangga atas keindahan wajahmu. Masih terlalu ramai yang mempunyai kelebihan mengatasi dirimu. Usah kau permainkan perasaan lelaki atas kejelitaan wajahmu.Jagailah, syukurilah dan takutlah kepada Allah atas balasan azab yang dijanjikan untuk mereka yang berdosa. Jagailah auratmu sentiasa terutama apabila berurusan dengan lelaki. Tanamkan rasa malu di hatimu. Tanamkan sifat sombong dan penakut pada lelaki yang bukan muhrim mu. Biarlah kau dipandang mata tidak secantik bunga lily yang bangun bagai pelangi di cakerawala asalkan kau dapat pertahankan panggilan wanita solehah di sisi Allah. Dan tentunya kau dipandang paling cantik di sampingNya.

Anakku...Kau berpakaian anakku sebenarnya untuk menutup kulitmu, untuk melindungi bentuk badanmu daripada pandangan lelaki jalanan. Oleh itu, pakaianmu hendaklah longgar, tidak nipis dan satu lagi syarat anakku, pakaian mu itu tidak menyerupai pakaian wanita-wanita kafir dan musyrik.Perhatikan hadith ini..."Sesungguhnya antara penduduk neraka ialah wanita-wanita yang berpakaian tetapi telanjang (pakaiannya tidak berfungsi sebagai alat untuk menutup aurat), perempuan-perempuan yang condong kepada maksiat dan berusaha menarik orang lain melakukan maksiat. Mereka ini tidak mungkin akan masuk syurga selama-lamanya dan tak akan dapat mencium baunya selama-lamanya. Jangan kau merasakan dirimu terlalu gagah hingga kau sanggup melanggar hukum-hukum Allah, penciptamu dengan sengaja.Apatah lagi jika melanggar peraturannya dengan rasa bangga dan sombong, ingkarmu terhadap hukum-hukum itu, samalah maknanya kau melawan Tuhanmu, sedangkan kau cuma seorang hamba dan Allah itu Tuhanmu, Maha Memiliki segala isi langit dan bumi.

Anakku Sayang...Sabarlah dalam melaksana perintah-perintah Allah biarpun kau merasakan ianya berat. Setiap arahan Allah itu tak ada yang sia-sia. Sesungguhnya Allah tak pernah memberati hambaNya apatah lagi menzaliminya. Sabar yang kau lakukan nescaya dilihat Allah, dan Dia pastinya akan mengurniakan buatmu ganjaran pahala yang besar.Tanamkan rasa kasih pada Allah wahai anakku. Bila kau menyayangi seseorang, tentunya segala perintahnya akan kau turuti tanpa bantahan. Begitulah dengan perintah Allah, turutilah wahai anakku, ikutilah tanpa protes. Moga kau dikurniakan kekuatan untuk mengikut langkah-langkah yang diredhai Allah.

Sunday, August 15, 2010

7 Amalan Sunat Rasulullah SAW di bulan Ramadhan

Ghairahnya Rasulullah SAW mahu bertemu Ramadhan yang cukup mulia sehingga Baginda Rasul SAW sejak Rejab sudah bersedia dan meminta dipanjangkan umur sehingga bertemunya. Ramadhan adalah bulan yang penuh dengan rahmat, pengampunan, kemuliaan dan kasih sayang daripada Allah. Terdapat sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Imam Al-Baihaqi di dalam Al-Syu'ab, disebutkan bahawa apabila Rasulullah memasuki bulan Rejab, Nabi SAW akan berdoa:-
"Ya Allah! Berkatilah ke atas kami pada bulan Rejab dan Syaaban serta panjangkanlah umur kami sampai ke bulan Ramadhan."
Diriwayatkan juga oleh At-Tabarani di dalam Al-Kabir, bahawa Rasulullah SAW bersabda:
"Seandainya seorang hamba mengetahui apa yang terkandung di dalam bulan Ramadhan, dan apakah sebenarnya Ramadhan itu, nescaya hamba itu akan berangan-angan agar satu tahun dijadikan oleh Allah sebagai bulan Ramadhan."
Antara amalan Rasulullah di sepanjang Ramadhan adalah:-
1. BANGUN BERSAHUR - Daripada Abu Zar R.A. Rasulullah SAW bersabda: "Sentiasalah umatku dalam kebaikan selama mereka menyegerakan berbuka dan mengakhirkan sahur." Sunat untuk bersahur sekurang-kurangnya dengan sedikit makanan kerana di dalam makan sahur itu terdapat keberkatan dan disunatkan bersahur dengan memakan kurma.
2. MELAMBAT-LAMBATKAN MAKAN SAHUR - Diriwayatkan oleh Imam Al-Bukhari di dalam suatu hadith Sahih : "Kami makan sahur bersama Rasulullah SAW kemudian kami berdiri untuk solat Subuh. Jarak waktu di antara kedua-duanya (waktu sahur dan masuk waktu Subuh) ialah selama membaca 50 ayat Al-Qur'an."
3. SUNAT MENYEGERAKAN BERBUKA PUASA - Sunat untuk berbuka puasa dengan Ruttab (kurma basah - Kegemaran saya ni!). Sekiranya tiada, sebaiknya dengan tamar (kurma kering). Sekiranya tidak diperolehinya juga, maka seeloknya berbukalah dengan air kerana di dalam hadith sahih ada menyatakan: "Bahawa Rasulullah SAW berbuka puasa sebelum solat dengan tiga biji Ruttab. Jika tiada, maka Baginda SAW berbuka dengan 3 biji tamar. Sekiranya tiada juga, maka Baginda SAW berbuka dengan meminum 3 teguk air."
4. SUNAT MENINGGALKAN BERSUGI SETELAH MATAHARI TERGELINCIR - Adakala apabila perut mula berkeroncong, ada yang mengambil kesempatan untuk bersugi kerana mulut terasa lebih nyaman. Tetapi, setelah matahari tergelincir, adalah disunatkan untuk tidak lagi bersugi sehinggalah selepas waktu berbuka.
5. SUNAT MEMPERBANYAKKAN SEDEKAH DAN MEMPERLUASKAN BELANJA KEPADA AHLI KELUARGA, KAUM KERABAT DAN JIRAN - Ibnu Abbas R.A berkata, "Rasulullah SAW merupakan orang yang paling pemurah. Baginda SAW lebih pemurah ketika berada dalam bulan Ramadhan ketika Baginda SAW ditemui oleh Jibril. Baginda menemuinya pada tiap-tiap malam bulan Ramadhan kerana bertadarus Al-Qur'an bersamanya. Maka sebenarnya Rasulullah SAW lebih pemurah dengan kebaikan daripada angin yang menghembus."
Disunatkan pada bulan puasa untuk memberikan makanan berbuka kepada orang lain sekalipun dengan kurma atau air. Tetapi yang paling afdhal ialah mengenyangkan orang yang berbuka. Sabda Rasululullah SAW yang diriwayatkan oleh Imam At-Tirmizi: "Sesiapa yang memberi makan kepada orang yang berbuka puasa, maka baginya pahala seperti pahala orang yang berpuasa tersebut tanpa mengurangkan pahalanya (pahala orang berpuasa yang diperolehinya) sedikit pun."
6. MEMPERBANYAKKAN TADARUS AL-QUR'AN - Iaitu saling membaca dan mendengar bacaan Al-Qur'an. Dalam suatu hadith sahih dinyatakan: "Malaikat Jibril datang menemui Nabi SAW tiap-tiap malam dalam bulan Ramadhan, maka ia bertadarus Al-Qur'an bersama-sama Nabi SAW."
7. MEMPERBANYAKKAN BERIKTIKAF - Abu Said Al-Khudri r.a. berkata, "Sesungguhnya Rasulullah SAW selalu beriktikaf pada 10 pertengahan bulan Ramadhan sehingga ke malam 21 dan pada pagi harinya Baginda SAW keluar sambil bersabda: "Sesiapa yang hendak beriktikaf, maka pilihlah 10 malam yang terakhir, ini kerana sesungguhnya aku telah diperlihatkan Lailatul Qadar kemudian aku dilupakannya. Oleh kerana itu, carilah Lailatul Qadar pada 10 hari terakhir terutama pada malam-malam ganjil."
Banyakkan beriktikaf terutamanya pada 10 hari terakhir Ramadhan. Imam Bukhari dan Muslim meriwayatkan bahawa Baginda SAW apabila masuk ke malam 10 terakhir Ramadhan, Baginda SAW menghidupkan 10 malam terakhir tersebut dengan melakukan ibadah, mengejutkan ahli keluarganya lebih bersungguh-sungguh untuk mengerjakan ibadah dan mennguatkan ikatan kainnya.
Ayuh sahabat semua, penuhkanlah waktu kita pada Bulan Ramadhan dengan ketaatan kepada Allah, tinggalkanlah perkara yang lalai yang membuatkan kita jauh daripada pandangan rahmat-Nya. Ampun maaf atas segala khilaf.

Friday, August 13, 2010

Atas Nama Pelancong...Malaysia dicemari Warga Asing

Pelancong betul atau ada tujuan lain


Posted on Friday, August 13 @ 19:24:10 PDT by tokdalang
Oleh Dato Saleh Majid

SABAN hari kita terbaca di akhbar berita penahanan mereka yang masuk ke negara ini atas tiket pelancong tetapi bekerja sebagai pelayan pelanggan di kelab-kelab hiburan dan tidak kurang juga yang memberikan perkhidmatan ‘lebih’ yang lain.
Dalam usaha kita menarik pelancong asing, kita juga menarik mereka yang sebenarnya masuk dengan tujuan menjadi pelayan seks.

Mereka yang mengendalikan kelab-kelab yang menggunakan wanita asing ini tidak mengendahkan tangkapan yang dilakukan kerana pernah diberitakan kelab yang diserbu beberapa kali tetapi masih melakukan perniagaan haram itu.
Selain itu, kita juga dibanjiri oleh pendatang dari negara Afrika yang kononnya datang ke negara ini untuk belajar. Mereka ini berada di beberapa tempat seperti di Kepong dan Cheras, selain dilaporkan mengganggu masyarakat sekeliling dengan tabiat biadab mereka.
Selain daripada itu, sesetengah kawasan di Kuala Lumpur turut dipenuhi orang asing seperti yang datang dari Nepal. Di Selayang pula, begitu ramai yang berniaga di pasar borong yang terdiri daripada orang Myanmar. Apabila diserbu, tidak ramai yang ditahan dan keadaan kembali seperti sebelumnya.
Kenapa sesuatu tidak dilakukan oleh pihak berwajib? Dalam usaha kita mengajak ramai melancong ke negara ini, kita mesti melakukan penapisan dan memantau supaya jangan sampai keadaan mereka yang datang dengan alasan hendak belajar tetapi masuk melakukan penipuan, rompakan dan pembunuhan.
Bagi yang ada pengalaman hendak masuk ke negara Jepun, pihak Imigresen mereka akan memeriksa dan bertanyakan pelbagai soalan sebelum dibenarkan masuk ke negara mereka. Begitu juga di Hong Kong dan Kanada. Pendek kata, bukan mudah hendak masuk begitu saja seperti di negara kita.
Tidak dinafikan bahawa pelancongan merupakan satu industri yang terus berkembang. Untuk 2009 sahaja, kira-kira 23.6 juta pelancong dilaporkan tiba di negara ini berbanding dengan 22 juta pada 2008. Pada Mei 2010 sahaja, jumlah pelancong adalah sebanyak 1.99 juta iaitu 5.7 peratus lebih daripada Mei 2009.
Pelancongan juga telah dikenal pasti sebagai salah satu sektor ekonomi penting dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh. Oleh itu, adalah tidak wajar bagi semua pihak yang berkaitan dengan pelancong mengalami kesan sampingan buruk akibat daripada tindakan beberapa orang yang berpura-pura menjadi pelancong tetapi sebenarnya mempunyai tujuan lain masuk ke negara ini.
Walaupun kita tidak mahu menyusahkan pelancong tulen, tetapi kita tidak ada pilihan kerana kita telah berdepan dengan pelbagai jenis masalah termasuk mereka dari Iran yang menggunakan Malaysia sebagai pusat pengedaran dadah di rantau ini.
Bagi mereka yang mengaku menuntut di institusi pengajian tinggi, adalah wajar pihak Imigresen bekerjasama dengan universiti yang menjadi pilihan mereka untuk memastikan mereka betul-betul pelajar, selain tarikh masuk dan tamat pengajian mereka dipantau. Kemungkinan yang datang untuk belajar di sini, kemudian selepas tamat pengajian tidak balik ke negara asal boleh berlaku.
Negara ini sudah dibanjiri warga asing yang tidak mendatangkan faedah kepada kita. Mereka bukan sahaja selalu berpeleseran di beberapa tempat di Kuala Lumpur, malah di lain-lain bandar juga. Kalau pekerja asing tanpa izin sudah memberikan kita masalah, mereka yang masuk atas tiket pelancong tetapi sebaliknya menambah lagi masalah sosial sedia ada. Mereka yang didapati menggaji orang asing untuk melakukan kerja-kerja maksiat wajar dikenakan hukuman yang lebih berat daripada sekarang.
Pernah dilaporkan terdapat masyarakat rakyat asing yang tinggal di dalam hutan yang dibuka secara haram tetapi apabila dilakukan serbuan oleh pihak berkuasa, seluruh masyarakat itu hilang. Seolah-olah mereka tahu yang serbuan akan dilakukan.
Kadang-kadang terfikir juga kita bahawa dalam kegigihan kita menarik pelancong dan pelajar untuk menghadiri institusi-institusi pengajian tinggi kita, pelajar-pelajar kita boleh terpengaruh dengan mereka yang berperangai buruk. Tidak syak lagi kita perlu melakukan satu saringan kepada yang masuk ke negara ini supaya kita tidak terikat dengan anasir-anasir negatif yang boleh mencemarkan nama baik negara. U/M
Seven Affordable Places to Retire ( and Malaysia is one of them )
By
Kathleen Peddicord
Posted: June 2, 2010


Retirement can be about elevating your standard of living and enriching your lifestyle, even if you have only a modest nest egg. And retirement can begin at any time and any age. To do this you need to shift your perspective and look beyond our own borders.
The idea of relocating to another country, in retirement or otherwise, can be intimidating. To pick a place, start by figuring out how much money you have to live on in retirement. Tally the equity in your home, the value of your IRA or other retirement accounts, your Social Security or other pensions, your car, other property holdings, collectibles, and household goods.
After you’ve taken stock of what you own, take a good look at who you are. Make a list of your personal priorities and preferences, your interests and agendas, and your objectives and goals at this point in your life. What could you not live without?
Then compare your personal priorities against the world’s most interesting, appealing, and affordable places to spend time. There are at least 25 countries where you could live well on very little. Here are seven of my picks for the world’s top retirement havens.

Panama.
In many ways, Panama is the world’s premier overseas haven. It’s certainly the best choice if you’re considering launching a new business as part of your new life overseas.
France. France is far more affordable in some regions than you might imagine and delivers an unparalleled quality of life for every euro invested.


Uruguay.
You’ll be far removed from all the troubles of the rest of the world in this safe, stable, and welcoming country.
Belize. With both Caribbean island and inland highlands living options, this is a country where life is sweet and simple.

Mexico.
Mexico is a good choice if you don’t want to move too far from children or grandchildren.
( For Americans )


Croatia.
This is the new and far more affordable Tuscany.

Malaysia.
My top pick in Asia is not only super-affordable but also, unlike most countries in this part of the world, open to foreign retirees. Malaysia has straightforward, user-friendly options for establishing foreign residency.

Kathleen Peddicord is the founder of the Live and Invest Overseas publishing group. With more than 25 years experience covering this beat, Kathleen reports daily on current opportunities for living, retiring, and investing overseas in her free e-letter. Her book, How To Retire Overseas—Everything You Need To Know To Live Well Abroad For Less, was recently released by Penguin Books.