SELAMAT DATANG...

Tetamu yang dihormati...



Menginaplah seperti di rumah sendiri...



Please feel at home....



Selesa Homestay terletak di 153, Jalan Sinaran 6, Taman Sinaran, Jalan Kuala Kedah, Alor Setar

- 7km dari persimpangan keluar Alor Setar Selatan


( Lebuhraya Utara- Selatan )

7km dari Jeti Kuala Kedah ( Feri ke Langkawi )

8km dari Pusat Bandar Alor Setar

10km dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim



Di Selesa Homestay kami mengutamakan kebersihan, keselesaan dan layanan mesra…

Untuk keterangan lanjut atau tempahan sila hubungi Syarifah +6012 481 9612



Saturday, June 26, 2010

Karim, Kucing Luarbiasa Menempuh Perjalanan Sejauh 3218km


Seekor kucing Uzbekistan bertindak luar biasa apabila menempuh perjalanan sejauh 3218 km selama lebih dua tahun untuk menemui tuannya.

Hairova, pemilik kucing telah berpindah ke Liska, Russia. Dia meninggalkan Karim, kucingnya kepada jirannya bersama bantal dan bekas makanannya. Selepas dua tahun dia menemui kucing itu yang basah dan kelaparan di hadapan rumahnya. Apabila panggilan Karim disebut, kucing itu terus berlari ke arah Hairova.

“Setelah beberapa hari aku pergi, jiranku di Uzbekistan memberitahu Karim menghilang dan tidak pernah pulang,” ujar wanita berusia 52 tahun sambil membelai Karim.

Suami Hairova Lev Kondratyez ragu-ragu tentang Karim, kucing mereka. Namun setelah melihat tanda tertentu di badannya, termasuk parut luka di ekornya akibat tersepit pintu, dia yakin itu kucing mereka.

“Dia menggunakan sembilan nyawa untuk menemui kami,” ujar Lev Kondratyez bangga.
Sumber : Republika.co.id

No comments:

Post a Comment