SELAMAT DATANG...

Tetamu yang dihormati...



Menginaplah seperti di rumah sendiri...



Please feel at home....



Selesa Homestay terletak di 153, Jalan Sinaran 6, Taman Sinaran, Jalan Kuala Kedah, Alor Setar

- 7km dari persimpangan keluar Alor Setar Selatan


( Lebuhraya Utara- Selatan )

7km dari Jeti Kuala Kedah ( Feri ke Langkawi )

8km dari Pusat Bandar Alor Setar

10km dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim



Di Selesa Homestay kami mengutamakan kebersihan, keselesaan dan layanan mesra…

Untuk keterangan lanjut atau tempahan sila hubungi Syarifah +6012 481 9612



Wednesday, July 14, 2010

Ladang Anggur Beris, Sik Kedah...











Ladang Anggur Beris ( Beris Lake Vineyard )dikendalikan oleh Excel Agrotech Sdn. Bhd dan mempunyai saiz tanah seluas 34 hektar.
Ini adalah kebun anggur anggur pertama di Kedah, terbukti berjaya dalam penanaman spesies anggur komersial seperti Black Opal, Anggur Hitam, White Malaga dan Loose Pelite.

Terletak kira- kira 100km dari Selesa homestay, anda boleh memandu mengikut Lebuhraya Utara Selatan menghala ke selatan.

Keluar di Exit Gurun. Ambil simpang ke Jeniang menuju ke pekan Jeniang dan seterusnya Pekan Sik... Teruskan memandu sehingga ke Ladang Anggur Beris, kira-kira 14km dari Pekan Sik.
Lawatan sangat berbaloi....pelawat boleh berjalan- jalan di ladang tersebut sambil melihat dan memegang buah- buah anggur yang terjuntai- juntai...( petik dan makan tak leh arrr ).
Sekiranya pelawat-pelawat ingin merasa keenakan buah anggur yang segar dan rapuh tersebut, boleh dapatkan di kedai ladang tersebut. Harga dalam lingkungan RM10-15.00 per kilo.

Sebuah kafe yang selesa, cantik dan bersih juga di sediakan. Anda boleh bersantai di kafe tersebut sambil menikmati panorama indah Tasik Beris.


No comments:

Post a Comment